Prinsip

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH
Bulan Sabit Merah Malaysia berfungsi dengan berlandaskan kepada tujuh (7) Prinsip-prinsip Asasi iaitu Kemanusiaan, Kesaksamaan, Keberkecualian, Kebebasan, Khidmat Sukarela, Ketunggalan dan
Kesejagatan.

Prinsip-prinsip ini diterima pakai di Persidangan Antarabangsa yang ke-20 di Vienna dalam tahun 1965, dan diakui sejagat dan digunakan oleh komponen-komponen Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

KEMANUSIAAN
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya
wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk persefahaman, persahabatan, kerjasama serta kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.

KESAKSAMAAN
Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

KEBERKECUALIAN
Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, ia tidak menyebelahi mana mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.

KEBEBASAN
Pergerakan ini bebas. Walaupun berupa badan sokongan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang Negara, ia tetap menjaga autonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

KHIDMAT SUKARELA
Ia adalah badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang hasrat meraih keuntungan.

KETUNGGALAN
Hanya ada satu Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah Negara. Ia hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh Negara.

KESEJAGATAN
Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, di mana semua mempunyai taraf yang sama serta berkongsi tugas dan tanggungjawab, saling bantu-membantu di antara satu sama lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s